Kisah Burger Terbaru

Tuesday 10 April 2012

Sejarah ShahirFirefighter Burger










Assalamualikum dan salam sejahtera..
Saya berminat nak berkongsi sedikit mengenai sejarah atau asal usul penubuhan perniagaan burger yang saya ushakan sekarang. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada permulaan, dan semua ini ada persoalan, kenapa, bagaimana, bila, soalan2 macam ni memang biasa kita dengar. Tetapi itu bukanlah persoalan  utama yang nak saya karangkan disini , tetapi sedikit sebanyak mungkin ada.
 
 Sejarah bermula pada tahun 1997 ketika itu 3 orang sahabat bernama Tarmizi , Zainuddin dan Mokhtar yang bertugas di Balai  Bomba Damansara. Mereka bertiga inilah orang yang mula2 mengasaskan perniagaan ini sebagai kerja sambilan. Ilham untuk berniaga burger ini tercetus atas desakkan dan kesempitan hidup, pada ketika itu zaman kegawatan ekonomi tahun 1997. Walaupun mereka bertiga menjawat sebagai penjawat awam tetapi tempias kegawatan ekonomi pada tahun itu tetap dapat dirasakan. Berbekalkan kemahiran masing2 maka terlaksanalah perniagaan burger di hadapan BBP Damansara. Hampir 3 tahun mengushakan perniagaan bersama, 3 sahabat ini yang dulunya adalah rakan kongsi terpaksa menarik diri atas sebab sukar memberi kerjasama disebab kerja hakiki sebagai anggota bomba yang bertugas shif dan tanggungjawab terhadap keluarga. Seorang demi seorang menarik diri, maka tinggallah saudara Tarmizi meneruskan perniagaan burgernya, dan beliau telah dibantu oleh seorang rakan setugas yang lain untuk membantu melancarkan urusan perniagaannya yang memberi nama baru kepada perniagaannya Mizi Burger.



Pada tahun 2004 seorang kenalan atau pelanggan saudara Tarmizi yang bertugas bahagian kewartawanan di sebuah syarikat akhbar tempatan telah menjadikan menu hidang Mizi Burger sebagai hidangan yang popular di kawasan SS2 dan disiarkan  ke akhbar terbitan syarikatnya. Tahun - tahun berikutnya rakan yang membantu perniagaan Mizi Burger telah menarik diri dari membantunya dan diambil alih oleh isteri beliau sendiri, disebabkan oleh tugas2 hakiki sebagai anggota bomba Mizi Burger telah memperlawa saya membantu beliau dan isteri meneruskan perniagaan Mizi Burger. Bak kata pepatah "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri". begitulah terjadi kepada saudara Tarmizi selama 16 tahun bertugas di BBP Damansara beliau telah memohon bertukar di tanah tumpah darahnya iaitu Negeri Perak. Di sebabkan berlakunya perpindah tersebut dengan secara tidak lansung perniagaan diambil alih oleh saya sendiri.

  Bermula 2hb Oktober 2009 saya telah mengambil alih perniagaan Mizi Burger sebagai sumber pendapatan sampingan dengan dibantu oleh isteri saya sendiri. dengan bermodalkan Rm1000 , saya telah membeli peralatan2 untuk meneruskan perniagaan burger ini. Ini kerana segala barang seperti stall dan alatan2 lain telah di bawa sekali  berpindah oleh saudara Tarmizi kerana beliau akan meneruskan perniagaan di kampung beliau . Saya menjalankan perniagaan seperti biasa dengan menamakan gerai saya Shahir Burger, bersempena nama saya sendiri. Masa berlalu begitu pantas, sedikit demi sedikit saya mengambil pendekatan untuk lebih memajukan perniagaan saya dan  memberi kepuasan kepada pelanggan agar dapat memberi pelbagai citarasa yang berasaskan burger. Seperti burger ayam, daging lembu, rusa, kambing arnab, burung unta(otrich),ikan , udang, benjo, sosej, oblong,mini roti john.
 
Hampir 4 tahun saya mengushakan perniagaan ini ramai dikalangan rakan2 dan  pelangan mencadang agar saya memberi satu nama (tredmark) dan cara pemasaran perniagaan yang agak unik dan berlainan.  Saya mengambil anisiatif sendiri dengan menamakan gerai burger saya dengan nama Shahitfirefighter Burger dan saya menggunakan kemudah jalur lebar yang tiada batasan ini sebagai media untuk membuat pemasaran agar dikenali dan menjadikan satu sajian makanan segera  yang bertaraf antarabangsa.Sekian, begitulah lebih kurang  kisahnya....... : )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...